Wednesday, January 23, 2013

# TIPS KE INDONESIA – JAKARTA/PUNCAK/BANDUNG

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah berjaya jugak unni (korea mood sikit, padahal orang Langkawi ja.. hihi) menghasilkan blog yang simple bangat (Indon pulak dah). Bab-bab nak deko-deko ni unni tak berapa nak cekap (orang Kedah kata).

Untuk post yg pertama unni nak berkongsi bersama hampa tips kepada sapa-sapa yang plan nak p Indonesia. Bukan apa, unni nak habaq la serba sikit yang unni tau sebab unni baru ja balik dari sana. Unni p 4h3m, 1 malam di Puncak, 1 malam di Bandung, 1 malam lagi di Jakarta. 


BERAPA DUIT HAMPA NAK BAWA?

Disebabkan unni orang Langkawi, so unni tukaq kat sini ja la. Unni cadangkan hampa tukaq duit Malaysia siap2. Depa cakap jangan tukaq kat bank/Airport sebab lagi mahai. Unni tukaq RM 1000. Senyum sikit kat abang india yg keja money changer tu dapat la 3juta rp. Zoom sikit..
3 JUTA ok. Tak penah-penah unni dapat pegang 3 juta dalam tangan. Mokcik kayooo. Jutawan la sikit dok kat sana.  Balik Malaysia xyah nak berangan lagi.


P/s : simpan siap-siap 150 000 rp dalam RM 50 duit kita untuk cukai airport masa balik Malaysia nanti.  Agent yg bawa trip unni ni minta banyak tu ja la untuk 1 kepala.


PENING NAK CONVERT DUIT MALAYSIA KE RUPIAH?

Fenomena ni akan terjadi dan memang terjadi terutamanya dalam golongan-golongan mokcik-mokcik. Pening bangat katanya nak congak duit Malaysia kalau tengah shopping. Ya la, mau tak pening. Bukan saja mokcik, unni ni pun jadi pening-pening lalat. Selalu dok dengar puluh-puluh ja. Mai sini semua main ribu-ribu. Kalau susah sangat ikot tip mcam unni congak ni.

Contohnya :

Baju dijual = 150 000 rp

So, hampa just bahagi dengan 3000.

Jawapan : RM 50 duit kita. 

ok settle!


NAK SHOPPING KAT MANA YG BEST?

Ok ni unni habaq yang unni p ja la no. 

THAMRIN CITY – mall ni di Jakarta. Barang-barang ni mmg murah. 

ITC MANGGA DUA – mall ni di Jakarta. Bermacam-macam beg tangan yg murah. Sampai nak termuntah tengok.

PASAR BARU – mall ni di Bandung. Syurga untuk kaki shopping seperti unni. Kain Pasang yang amat cantik dan murah, telekung, beg tangan, baju. Travel agent unni bg 3 jam untuk shopping kat sini ja. XCUKUP !!  Mall ni akan tutup awal dalam pukul 5.30.

FACTORY OUTLET-  Pakaian jenama yang sangat murah. ZARA. GUESS. ARMANI EXCHANGE. 

PERHENTIAN TAS-  Gedung beg tangan kulit. Macam nak pegsan tengok beg. 


WAKTU/MASA DI SANA?

Di Indon waktu disana lewat sejam dari waktu Malaysia. Macam haritu unni nek flight dari KLIA jam 8.00 pagi. Dalam flight anak kapal cakap 2 jam akan sampai Jakarta. Dalam jam 10.00 sampai la. Tengok jam dah pukul 10.00 tapi announcement cakap kita akan mendarat di Jakarta jam 9.00 pagi sebentar lagi. Aigoo.. Pening dah unni. Hampa jangan dok buat jakun macam unni na. K fine waktu kat Indon lewat sejam ! Set siap2 jam kalau susah sangat.

NAK TDOQ MANA?

Jangan risau memang belambak motel/hotel kat sana. Tapi unni ikot agent la. Ni tempat yang unni tdoq selama di sana.

HOTEL
CONTACT NO
LOKASI
IN/OUT
SURYA INDAH CHALET
0263 512 871
PUNCAK
10-11 JAN
TOPAZ GALERIA HOTEL
022 6020 550
BANDUNG
11-12 JAN
ORCHARD HOTEL
021 6231 7788
JAKARTA
12-13 JAN




NAK NAIK APA KAT SANA?

Kalau unni komfem-komfem la naik bas sebab p dengan agent.  Di sana ada kemudahan keretapi, taksi, tut-tut. Kalau nak pandu kereta sendiri pun boleh.Tapi kan kereta kat sana memang mewah-mewah la. Boleh plak dok tepi tingkap dalam bas usha kereta depa. Tapi unni tabik spring la kat org sana. Memang cekap bawa moto/kereta/bas/lori. Selit menyelit ja kat sana. Kalau kat Jakarta tu memang jam teruk. Kalau unni ni yang amatur bawa kereta ni jangan dok berangan la nak bawa kat sana. Kat sana ramai yang jadi sukarela ala-ala ‘police traffic’ bebas yang jaga jalan. Kita kena la bagi duit tip kat depa sebab memudahkan kita untuk masuk simpang la, nak u-turn la. 

KENA PANDAI SURVEY HARGA 

Selama unni di sana , unni dah try survey harga. Yg paling ketara sekali T-shirt. Kalau hampa p shopping mall mana-mana pun T-shirt selalunya depa juai dalam 5 helai 100,000 rp. Better beli yg juai tepi-tepi bas tu kebanyakan 6 helai 100,000 rp. Unni pujuk sikit dapat 7 helai 100,000 rp. Hoyeahhh dah atuq nak bg kawan-kawan tercinta kt Langkawi nuhh…

Satu lagi key-chain dengan freeze magnet. Unni p kat Tangkuban Perahu (Bandung) abang tu ikut dari turun van sampai la ke puncak. Dia nak suruh jugak unni beli. Xlarat nak geleng kepala, geram sungguh la. Menguji kesabaran betul la. Punya la rimas xmau bg abg tu ikot unni beli la 4 freeze magnet 150,000 rp. Demmm…. Rupanya mahai kot. Turun dari bukit tu ramai lg yg juai 100,000 rp jaaa.. Sabaq2.. Xpala rezeki depa.

Shopping di Pasar Baru, ITC  Mangga 2, hampa kena pandai trick minta murah. Kain pasang toksah dok kata.. memang macam2 jenis, macam2 kaler, macam2 manik.. Geram weii… Sesapa yang nak bertunang ka nak kawen ka kalau mai sini boleh pengsan. Bukan apa. Pengsan tengok kain yg lawo-lawo. Nah unni share sikit gambarnya.




Kawan unni beli sepasang 150,000 rupiah, jadinya dalam RM50 duit Malaysia.. Tu sebab kawan unni xminta tawar. Unni buat muka kesian sikit dapat la 90,000 rp. Jadinya, RM 30 sahaja.  Murah tak? Kalau hampa kata mahai xtaw nak kata pa dah. Kain punya cun, manik penuh.. Kawan unni sorang lagi tu borong sampai 11 helai. Telekung pun murah2. Sehelai dah boleh dapat 50,000 rupiah. Dalam RM 16 ja. Jiran unni borong sampai 20 helai. hehe. Boleh balik bukak business.

HATI-HATI KETIKA MEMBELI

Kita kena hati-hati tambah dok kat tempat orang. Unni ingat lagi ada satu kedai dekat Pasar Baru maklong unni beli baju. Harga baju tu dalam 50 000 rp. Maklong unni bayar 100 000 rp. Ambil baki pastu tak check dah, main serbu kedai lain ja. Masa nak bayar kat kedai lain, Maklong baru perasan yang baki xckup. Tak nak la tuduh budak yang jual penipu, kita pun cuai jugak. Last-last kami patah balik p minta duit balik. Nasib budak tu baik bagi balik baki yang 
cukup. Sepanjang berada dalam Pasar Baru tu, security guard sana punya la baik sampai tolong guide lagi, tolong syorkan kedai mana yang murah. Senang kerja kami. Bagi 3 jam nak masuk satu per satu kedai memang tak sempat, dengan sesaknya. 

PLUG ELEKTRIK DI INDON
      
      Driver bas cakap kat Indonesia kebanyakannya guna plug yg dua lubang. 
     Malam pertama unni tdoq di Puncak, excited la nak iron baju untuk dipakai esok. Punya la cri plug.. Demmmm.. semuanya yg lubang dua. Dah la bawa iron yg 3 cucuk tu. Terpaksa esok tu pakai baju kedut-kedut. Malam kedua tdoq di Bandung-Topaz Galeria Hotel. Bajet dalam hati hotel ni ada la plug 3 lubang la. Demmm… Tak dooo jugak! Unni call la bhagian housekipping depa nak minta iron.  Depa cakap iron semuanya tgh diguna. Unni xpuas hati lagi, unni call lagi.. Sampai la depa kata, “Kalo ibuk mau, kami bisa ironkan, ibuk kena byar sedikit kalau ibuk mahu”. OK!! Mmg terdesak sangat, bayar pun bayar la. TING!!! Siap2. Hanya 18 700 rp. Unni bagi 20,000 rp lebih tu duit tip. Kesian plak kat depa. Malam ketiga unni tdoq di Jakarta-Orchard Hotel.  Grand la sikit hotel ni ala-ala First World Hotel, Genting Highland laluan biliknya. Kali ni baru rasa lega. Hotel ni ada plug 3 lubang. Yeahh!!! Nikmat gila jumpa. Dah hari terakhir dok sini baru jumpa.. kiki.. xpa la, at least lepas ni nak mai dah tau.

PENJAJA BEBAS/PEMINTA SEDEKAH

    Terlampau banyak penjaja bebas dan peminta sedekah. Tapi unni solute ngan depa sebab depa memang kuat dan semangat bekerja. Tak sempat lagi bas nak parking, depa dah ramai-ramai tunggu kat luar bas. Kalau yang jenis naik dalam bas menjual pun ada. Kalau pergi kedai makan. Depa akan tunggu kita kat luar kedai sampai habis makan. Sampai hari ni unni masih teringat seorang kakak dukung anaknya sambil minta sedekah. Ya Allah, budak tu tengah makan, makanan dia jatuh di lantai yang kotor. Kakak tu kutip pastu bagi budak tu makan balik. Sedihnya tengok. Kita kat sini makanan xsedap sikit dah tak nak makan. 



     Harap serba sikit tips dari unni ni dapat membantu hampa semua. Tak banyak, sikit pun jadi lah. Ok, unni tutup post yang pertama ni Assalamualaikum. Selamat Malam.